NONA


PENGENALAN & JENIS-JENIS

NONA : Annona Reticulata
NONA : Annona Squamosa (nona srikaya)
Famili : Annonaceae . Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa Kawasan / asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

Ia dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Buah Nona Serikaya ini juga boleh dibiak dengan cantuman tunas tetapi kualiti dan hasil buahnya kurang memuaskan. Nona Serikaya boleh dimakan begitu saja apabila masak.
Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah.Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus.

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).

Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya. Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun. Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak.

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).